Wednesday, 23 April 2014

tentang saka


SAKA ….

Tidak ada istilah jelas tentang saka .. orang hanya memahami pusaka iaitu harta yang diwarisi oleh seseorang dan harta itu boleh diwarisi oleh anak dan cucu-cucu.
Kisah-kisah yang bersangkut dengan dunia saka memang beragam, ada yang sedig dan memilukan . ia seolah-olah penyakit yang ditempah sejak awal lagi . berfikir lah dahulu sebelum menerimanya .. banyak buruknya daripada baiknya saka tersebut .. kita hendaklah menghindari saka kerana saka itu tidak boleh dibuang begitu sahaja mesti mempunyai tuan baru .


PENGERTIAN SAKA

Saka adalah sesuatu yang diwarisi oleh seseorang , baik dengan pengetahuan atau tanpa pengetahuan seseorang ia merupakan ilmu peninggalan nenek moyang. ia terdiri daripada makhluk halus dari golongan jin atau berupa benda-benda yang diperbuat daripada logam, kayu ,rotan dan kulit tetapi telah diperap sekian lama dengan dampingan aroma makhluk halus sehingga ia menjadi barang saka . sesuatu benda yang lama mesti mempunya khadam atau pedamping ..
Saka ialah tindak-tanduk yang diamalkan oleh datuk nenek dahulu dan amalan itu perlu dilakukan juga oleh anak atau cucunya untuk meneruskan tradisi amalan itu yang dipelajari oleh datuk nenek dahulu…


PADA ZAMAN NENEK MOYANG LAGI

Mereka mencari alternative untuk melindungi atau pendinding diri dari gangguan anasir luar .. zaman nenek moyang kita memelihara saka kerana untuk membantu mereka menjaga kawasan atau mempunyai kuasa (tenaga luar biasa) untuk melakukan sesuatu tugas seperti mengorek kelapa ,bercucuk tanam ... memelihara saka biasanya untuk membantu mereka tentang selok-belok perniagaan atau perubatan tradisional..
Orang yang memiliki saka bererti orang itu memiliki jin dalam atau diluar dirinya . jin yang bersarang dalam diri seseorang itu membuat ia menjadi sebati dan sukar dipisahkan .. jika orang mempunyai saka jika ia mati maka saka nya yang hidup dalam jasadnya jika kita lihat orang kampong semasa meninggal dia akan membuka atap rumah untuk mengeluarkan saka daripada badan si pesakit ..


JENIS SAKA

Ada 2 jenis iaitu :
1.      Saka dalam bentuk yang tidak dapat dilihat . saka jenis ilmu yang melibatkan jin-jin dampingan untuk meminta bantuan dan pertolongan pada masa tertentu ..

2.      Saka dalam bentuk benda-benda atau objek yang bernilai magik yang dapat dilihat . hanya pendamping atau khadam yang tidak kelihatan . contohnya, senjata-senjata lama (keris,pedang,tombak dan sebagainya) , ada yang berupa perhiasan (batu delima,batu permata dan sebagainya ) , ada juga pelatan (alat muzik gamelan,patung wayang kulit,mahkota,sabuk ,selendang dan sebagainya)

diantara saka yang terkenal di alam melayu(zaman sekarang), saka polong, saka jin pelesit,saka mambang, saka bunian,saka toyol,saka haiwan jadian,saka jembalang,saka haiwan keramat,saka hantu raya,saka hantu jerangkung,saka keris,saka batu delima,saka pedang sakti,saka jenglot,saka guna-guna,saka pengasih,saka cenuai,saka bulu perindu,saka rantai babi,saka ilmu hitam,saka pari-pari,saka sabuk,saka patung wayang kulit,saka alat pemujaan,saka hantu bajang, dan lain-lain..

Dalam firman Allah s.w.t
“hai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu buat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” (Al-Shaf: 2-3).


SAKA MENJADI RUMIT


Semakin rumit apabila mewujudkan saka baharu. Pada pihak lain bermati-matian membuang saka, tetapi ada pula yang sedang memburu saka tanpa disedari. Ada juga yang membuang daka melalui online saja .. (berhati-hati) ada juga seseorang tu membuang saka melalui urutan badan … (berhati-hati jika kita nak mgurut) ...


# peringatan kepada mereka yang memiliki saka ##
#walaupun anda nak menyelamatkan nyawa seseorang dan anda janganlah sesekali menjadi pak sanggup ##
#benda itu telah menduakan Allah s.w.t ##
#dapatkan nasihat daripada ahli ulama, semua penyakit ada penawar ..##
#sesekali anda menghampiri saka , anda tidak boleh berpatah balik kebelakang##
#hanya bertaubat sahaja allah mengampunkan dosa umatnya ##
# saka adalah bantuan jin ##

#nantikan sambungan nya ## ...